Kamis, 05 Desember 2013

Sya'ir yang membuat Imam Ahmad menangis

Syair ini telah membuat Imam Ahmad Bi Hanbal (rahimahullah) menangis apabila mendengar dua bait pertama sya’ir ini. Moga ianya juga menjadi momentum ke arah muhasabah dan perubahan diri kita semua ..

إذا ماقال لي ربّي أما استحييت تعصيني * و تخفي الذنب عن خلقى و بالعصيان تأتيني
Jika Tuhanku bertanya pada ku, Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku ? * Kau sembunyikan dosa mu dari makhluk-Ku dan datang pada-KU dengan penuh dosa
فكيف أجيب ياويحي ومن ذا سوف يحميني * أسلي النفس بالاملل من حين إلى حين
Bagaimana aku nak jawab duhai diri ku yang malang? Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku? * Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari masa ke masa
وأنسى ماوراء الموت ماذا بعد تكفيني * كاني قد ضمنت العيش ليس الموت يأتيني
Dan aku melupakan apa yang akan dihadapi selepas mati, dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan * Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya seakan mati tidak akan menemuiku
وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني * نظرت إلى الوجوه أليس منهم من سيفديني
Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri, Nah ! siapa sekarang yang mampu melindungiku? * Aku melihat pada wajah-wajah,, apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?
سأُسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني * فكيف إجابني من بعدما فرطت في ديني
Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini, * maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku
وياويحى ألم أسمع كلام الله يدعوني * ألم اسمع لما قد جاء في ق و يس
Celakanya aku ! apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku? * adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin ?
ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والدين *  ألم أسمع منادى الموت يدعوني يناديني
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen (qiyamah)? * Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemput ku?
فيارباه عبد تائب من ذا سيؤوية * سوى ربّ غفور واسع للحق يهديني
Maka Yaa Rabb! Seorang hamba datang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya? * Melainkan Tuhan Yang Maha Luas pengampunan-Nya dan yang membimbingku dalam kebenaran
أتيت إليك فارحمني وثقل فى موازيني * وخفّف في جزائى أنت أرجى من يجازيني ِ
Aku telah datang pada Mu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku * Dan ringankan (percepatkan) hisabku karena Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar